Jangan ketinggalan mengikuti Astro Bella Jom Kurus (ABJK) Cabaran 30 Hari dan rebutlah peluang memenangi program retreat selama 2 hari 1 malam di Lost World of Tambun, Perak.

Untuk menyertai program ini, penonton hanya perlu menonton program Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari bermula 21 hingga 30 Disember, pukul 9 malam di Astro Bella (saluran 133) & Mustika HD (saluran 134) dengan mengumpul kesemua 6 kata kunci dan emelkan jawapan kepada [email protected].

Program ini terbuka kepada wanita yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai BMI melebihi 25.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti ceramah motivasi dan bimbingan kecergasan, cabaran mini bootcamp, spa retreat, Lost World Zip Line, Lost World 13 High Rope Course dan penerokaan ke 6th Mile Tunnel (Terowong Batu 6).

Menariknya, program ini akan diserikan dengan kehadiran bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama, Nana Mahazan, pengacara H! Live seperti Dahlia Shazwan, Shenty Feliziana dan Nina Nadira serta penampilan penyampai radio SINAR fm, Feeya Iskandar.

Program ini diadakan susulan daripada kejayaan ABJK @ Lost World Of Tambun, Ipoh, Perak (LWOT) yang diadakan pada Januari lalu.

ABJK bakal dikendalikan seorang pakar kecergasan dan kesihatan popular yang bakal diketahui kelak serta mendapat sokongan padu daripada Sunway Lost World of Tambun, Perak sebagai penaja lokasi dan KTM-ETS sebagai penaja pengangkutan.

Radio SINAR fm turut menyokong sebagai stesen radio rasmi program Jom Kurus ini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.astrogempak.com.my/astrobella dan menerusi radio SINAR fm. Teruskan sokongan anda dan dapatkan perkembangan terkini di media sosial dengan #astrobellajomkurus.