Buat pertama kali pelakon Diana Danielle telah mendedahkan wajah anak keduanya, Nur Aurora khas buat tatapan peminat.

Foto-foto tersebut diambil ketika Diana mengadakan sesi fotografi Nur Aurora bersama jurugambar profesional dan dikongsi menerusi akaun Instagramnya Ahad minggu lalu.

Lebih menarik, sesi fotografi Aurora turut menampilkan Muhammad yang merupakan anak sulung pasangan Diana Danielle dan Farid Kamil.

Mengambil Snow White sebagai tema, pelbagai ragam dan aksi Muhammad bersama Aurora telah dirakamkan.

Malah kedua-dua buah hati Diana ini tidak kekok ketika bergambar dan lebih comel apabila foto Muhammad mencium adiknya mendapat perhatian peminat.

Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto comel Muhammad dan Aurora: