Pelakon Zara Zya menerima kecaman netizen selepas berkongsi gambar terkini dengan berpakaian ketat di laman sosial.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.

"Bila kita dah bersiap tapi event cancel. Pastu kita hanyalah berhuhuhu," tulisnya.

Bila kita dah bersiap tapi event cancel. Pastu kita hanyalah berhuhuhu ? . . #zarazya #trimzshot @zarazyahq.beauty

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on


Ternyata perkongsian yang dilakukan oleh Zara mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan pengikutnya yang berharap dia lebih berhati-hati ketika berkongsi gambar.

"@__syxhmee__: Rezeki makin bertambah tapi hidup masih tidak taat pada perintah allah. Itu yang dinamakan Istidraj! Jagalah auratmu."

"@feeda80" Alamak I suka dia. Suka dia berlakon cara dia tu semua. Tapi agak rasa senstif sikit pula tengok pic ni. Sayangnya. Tutuplah sikit. Terserlah sangat. Tipulah kalau orang tak terpandang situ dulu kan. Tego sebab suka sebab sayang tau. Semua pun peminat awak cakap begitu."

"@bellapiez: Dulu tengok Zara Zya ni tak adalah pakaian macam ni. Ketat sangat baju tu."

"@mknizam_leo: Minat you Zara but please delete picture ni. Lebih banyak mengundang komen negatif."

"@ain.aidi: Zara ni cantik manis je orangnya. Sopan santun. Setakat ni tegok akhlaknya baik dan tak ada kontroversi yang bukan-bukan. Perfect tapi tang baju je boleh improve sikit. Kasi longgar-longgar sikit. Cuba ya."

"@danishaimandanish: Kalau ye pun bangga aset besar, cover-cover la sikit sis. Mana la air muka ye duk tayang macam ni. Malu simpan la sikit sis."


Namun begitu, Zara mengambil pendekatan tidak membalas komen negatif yang dilemparkan kepadanya.