Juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah memohon netizen supaya tidak cepat membuat kesimpulan dan menjatuhkan hukuman dengan beberapa kejadian viral sepanjang raya ini.

Lebih kepada kisah tertinggal anak atau ibu di tempat rehat, Aishah turut berkongsi kisah di mana dia juga pernah tertinggal anaknya pada satu ketika dulu.

"Raya tahun ni macam2 cerita yg viral.Dari cerita Helang terbang lebih tinggi dari pipit (bukan enggang dgn pipit ke perumpamaan tu) ke duit raya ciput, harta dan binatang peliharaan musnah akibat anak2 tetamu yang menziarah di hari raya hinggalah kes anak/ibu tertinggal di RNR.

"Apa yg I buat sedikit ralat dalam hati bila mmbaca komen2 dari Jabatan Netizens yang cepat sungguh membuat kesimpulan dan hukuman," tulis penyanyi lagu Kepulangan Yang Dinanti ini.

Tambah Aishah, sepatutnya selepas bermaaf-maafan di bulan Syawal, tidak sepatutnya kita membuat dosa baru dengan mengutuk dan memberi pandangan yang negatif.

"Macamlah kita berada di tempat kejadian. Tak pasal2 ada yang mengutuk orang 'sengaja' tinggalkan anak or emak masing2.

"Orang putih ada kata kita harus selalu memberi 'the benefit of the doubt' atau orang Melayu kata bersangka baik. I tell you,perkara2 mcm ni memang boleh terjadi dan bukan kerana kurangnya kasih sayang antara keluarga tu," tulis Aishah lagi.

Kata Aishah lagi, pada satu ketika dulu dia sendiri pernah tertinggal anaknya kerana tersalah komunikasi.

"I sendiri dulu masa anak2 kecik pernah tertinggal Armand di 7eleven Ampang (nasib baik tak jauh)kerana miscommunication, I yg drive mati2 ingat dia dah masuk di belakang, rupanya dia letak barang dan keluar semula.

Hanya bila I dah selekoh nak masuk simpang rumah baru si adik tanya 'maa, abg???' baru I realize Armand dah tertinggal. Benda2 ni memang boleh jadi," cerita Aishah lagi.

Raya tahun ni macam2 cerita yg viral.Dari cerita Helang terbang lebih tinggi dari pipit(bukan enggang dgn pipit ke perumpamaan tu?)ke duit raya ciput,harta dan binatang peliharaan musnah akibat anak2 tetamu yg menziarah di hari raya hinggalah kes anak/ibu tertinggal di RNR.Apa yg I buat sedikit ralat dalam hati bila mmbaca komen2 dari Jabatan Netizens yg. cepat sungguh membuat kesimpulan dan hukuman.Relaxlah,kan baru bermaaf2an di bulan Syawal ni,kan sihuk sana sini sebut kosong-kosong.Tiba2 dgn.cepat kita buka akaun dosa yg baru hehehehe dgn mengutuk dan memberi pandangan negative,mcmlah kita berada di tempat kejadian hahahah???Tak pasal2 ada yg mengutuk org 'sengaja' tinggalkan anak or emak masing2.Orang putih ada kata kita harus selalu memberi ' the benefit of the doubt' atau orang Melayu kata bersangka baik.I tell you,perkara2 mcm ni memang boleh terjadi dan bukan kerana kurangnya kasih sayang antara keluarga tu.I sendiri dulu masa anak2 kecik pernah tertinggal Armand di 7eleven Ampang(nasib baik tak jauh)kerana miscommunication,I yg drive mati2 ingat dia dah masuk di belakang,rupanya dia letak barang dan keluar semula.Hanya bila I dah selekoh nak masuk simpang rumah baru si adik tanya'maa,abg???'???Baru I realize Armand dah tertinggal.Benda2 ni memang boleh jadi,hahaha pernah dulu sahabat I @_dayangkuintan bercerita pernah tertinggal di RnR dik suami dia.So,you nak kata suami dia saja2 nak tinggalkan dia ke???.Atau I sendiri tak sayang anak dan tinggalkan dia.When we are tired, we can make mistakes,so don't be too quick to judge others.Jangan keruhkan keindahan bulan Syawal yg mulia ini...

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on


Aishah turut berkongsi cerita tentang sahabatnya penyanyi Dayangku Intan yang pernah tertinggal di RnR oleh suaminya.

"So, you nak kata suami dia saja2 nak tinggalkan dia ke???. Atau I sendiri tak sayang anak dan tinggalkan dia," tanya Aishah.

Menurut Aishah lagi ada ketikanya kita keletihan dan kita akan membuat kesilapan. Jadi tidak perlulah kita begitu cepat untuk menjatuhkan hukuman, terutama di bulan Syawal yang mulia ini.

Kredit Gambar: Instagram