Bakal bergelar isteri kepada pengurus restoran Kulcats, Izwan Johar, Jumaat ini, pelakon Nabila Huda juga tidak ketinggalan meraikan detik bersejarahnya dengan mengadakan majlis malam berinai.

Mengambil konsep Hawaii sebagai tema, majlis berinai yang berlangsung pada malam semalam (Rabu) dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat antaranya Sharifah Sakinah, Kilafairy dan Emelda Rosmila.

Sepanjang majlis tersebut berlangsung, Nabila Huda yang juga merupakan anak kepada penyanyi Amy Search ini kelihatan begitu cantik persis gadis Hawaii.

Dengan menggunakan hashtag # #abilshennanight, jurugambar profesional telah merakamkan beberapa aksi Nabila Huda bersama rakan-rakannya sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto menarik aktres tersebut yang diambil menerusi akaun Instagram @dearazalea dan Nabila Huda.

Teks Oleh: Mya Amri