Ucapan dan doa yang diberikan pelakon Izzue Islam kepada isterinya, Awin Nurin sempena ulang tahun perkahwinan keenam mereka menyentuh hati peminat.

Ucapan istimewa yang dikongsi oleh Izzue menerusi akaun Instagramnya turut disertakan dengan foto perkahwinan mereka.

“Ya Allah, di hari kelahiranku & ulang tahun perkahwinanku ini, aku ingin mengucap syukur atas segala rezeki yang kau limpahkan kepadaku.

“Janganlah Engkau keringkan hati & jiwa kami dari perasaan cinta, kasih & sayang. Kurniakanlah kami zuriat keturunan yang soleh & solehah.

“Sesungguhnya kami menanti detik indah ini Ya Allah. Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga ke syurgaMu. Berkatilah hubungan aku & Isteriku Tercinta, Nurinafilah,” tulisnya.

Ya Allah, di hari kelahiranku & ulangtahun perkahwinanku ini, aku ingin mengucap syukur atas segala rezeki yang kau limpahkan kepadaku. Janganlah Engkau keringkan hati & jiwa kami dari perasaan cinta, kasih & sayang. Kurniakanlah kami zuriat keturunan yang soleh & solehah. Sesungguhnya kami menanti detik indah ini Ya Allah. Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga ke syurgaMu. Berkatilah hubungan aku & Isteriku Tercinta, Nurinafilah ?

A post shared by Pulangku Tak Sama Tanpamu (@izzueislam) on


Ternyata perkongsian Izzue itu rata-ratanya membuatkan peminatnya sebak dan mereka juga turut meninggalkan komen berbentuk doa kepada pasangan tersebut.







Terdahulu, Izzue dan Awin telah mendirikan rumah tangga pada 4 Jun 2013 selepas berkenalan lebih lima tahun.

Foto: Intagram @izzueislam