Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal melancarkan lagu Hari Raya terbaru hasil kolaborasi bersama Taufik Batisah dan Nissa Sabyan.

Lagu yang berjudul Ikhlas itu mencatat sejarah industri muzik tempatan apabila menggabungkan penyanyi dari tiga negara berbeza di Asia Tenggara.

Seperti diketahui umum, Taufik adalah penyanyi tersohor dari Singapura, manakala Nissa pula melakar populariti di Indonesia.

Peminat boleh mendengar dan menonton muzik video lagu tersebut mulai 31 Mei ini secara eksklusif di Apple Music.

Nantikan lagu terbaru saya bersama Nissa Sabyan & Taufik Batisah bertajuk, 'Ikhlas' pada 31 Mei 2019 ini. Eksklusif, hanya di Apple Music ❤️. Lagu ini sekarang di https://bit.ly/preaddikhlas @nissa_sabyan @taufikbatisah -ADMIN

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Menerusi pemerhatian di laman sosial, peminat nampaknya sudah tidak sabar untuk menantikan hasil kolaborasi terbaru ini!

Jangan lupa untuk mendengar dan menonton muzik video lagu ini di Apple Music dalam tempoh dua hari lagi!