Ramai yang masih merindui nyanyian juara Gegar Vaganza 2 (GV2), Siti Nordiana selepas tamatnya program tersebut.

Buktinya selepas video tersebut dimuatnaik di laman web Gegar Vaganza, ia telah mencatat 66,364 penonton (sehingga artikel ini ditulis).

Malah ada juga persembahan Siti Nordiana yang masih lagi tidak dapat dilupakan oleh peminat dan ditonton berulang kali hingga ke hari ini.

Antara persembahan yang paling diingati ialah sewaktu konsert minggu keempat di mana Siti Nordiana berduet bersama vokalis kumpulan Kristal, Razlan menerusi lagu ‘Memori Berkasih’ sehingga menjadi viral di laman sosial.

Mungkin kerana terimbau kembali nostalgia ketika Siti Nordiana menyanyikan lagu tersebut bersama vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Abdillah Murad Md. Shari atau Achik menyebabkan ada yang berasa sebak menonton persembahan tersebut.

Video persembahan itu juga turut mencatatkan bilangan penonton paling tinggi dengan mencatatkan hampir 309,000 jumlah tontonan.

Selain ‘Memori Berkasih’, persembahan Siti Nordiana pada konsert Separuh Akhir GV2 yang membawakan lagu ‘Mengapa’ nyanyian asal Nicky Astria turut mendapat perhatian penonton.

Tidak dilupakan juga persembahan Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana yang menyampaikan lagu popular nyanyian Ziana Zain berjudul Madah Berhelah pada konsert minggu kedua sehingga menyebabkan penonton terpukau dengan kemantapan vokal penyanyi itu.

Jadi kepada yang merindui persembahan hebat Nana, di sini Astro Gempak kongsikan Throwback Best Moment Gegar Vanganza Siti Nordiana.