Sudah lama rasanya tidak berkongsi cerita dengan pembaca di Astro Gempak, Miss K ingatkan semua dah lupa tentang kewujudan Miss K di sini.

Rupa-rupanya ada yang rindukan Miss K sampai sanggup kirimkan e-mel meluahkan rasa kurang senang tentang pelakon kacak persis jejaka Korea, Nazim Othman.

Oh ya, semenjak Miss K kongsikan alamat e-mel Miss K dalam artikel yang terdahulu, ramai juga pembaca Miss K yang hantarkan e-mel untuk berkongsi cerita!

Berbalik pada cerita Nazim, menurut si pengirim e-mel tidak puas hati apabila pelakon itu bertindak memerli seorang wanita di Twitter.

Kisahnya bermula apabila peminat wanita tersebut menegur bibir merah mekar Nazim yang kelihatan seperti dicalit gincu itu.

Tulis wanita yang menggunakan nama @egynazira itu, “Mak tanya sekarang kawan dengan siapa, aku tunjuk gambar Nazim Othman pastu mak kata kenapa kawan dengan lelaki pakai lipstick”.

Nazim pula yang mungkin terasa dengan kenyataan peminat wanita tersebut terus membalas dengan nada sinis dengan meletakkan mentioned “@egynazira mak awak tak tanya pulak bila awak nak bertudung?”

Alahai Nazim, perluke jawab gitu? Sedangkan peminat tersebut hanya berseloroh dan daripada twit egynazira, jelas menunjukkan yang dia tu peminat awak! Kalau tidak masakan dia simpan foto awak di telefon bimbit dan tunjukkan kepada ibunya?




Lagipun Miss K tak rasa yang peminat tersebut mengata awak seorang lelaki yang suka bergincu!

Banyak cara lain yang lebih halus jika Nazim nak jawab komen wanita itu.

Mungkin boleh terangkan kepada dia yang bibir Nazim memang merah semulajadi bak delima merekah.

Atau balas sahaja dengan ikon smiley dan ucapkan terima kasih. Paling tidak abaikan sahaja. Mudah kan?

Tak perlu libatkan ibu si pemberi komen itu kerana nampak melampau!

Bila dah jadi macam ni, tak hairanlah kalau peminat ‘lari’ dan hilang hormat pada artis pujaan mereka.

Tambah si pengirim e-mel lagi, untuk menutup cerita tentang kata-kata sinis terhadap egynazira, Nazim muat naik pula gambar dia selepas pembedahan. Katanya untuk coverline sebelum dihencap netizen!

Hurm...bab itu Miss K tak mahu campur sebab nawaitu Nazim memuat naik foto tersebut hanya dia sahaja yang tahu.

Apa-apapun Miss K harap selepas ini Nazim dapatlah jadikan perkara ini sebagai pengajaran. Di zaman media sosial yang serba mencabar ni, Miss K yakin Nazim bijak mengawal situasi.

Miss K pun faham...tidak mudah untuk mengawal peminat atau pun haters memberi komen. Namun, sebagai public figure Nazim seharusnya lebih matang.

MissK: Takut tengok muka selebriti tu, makin hari makin pelik. Ketagih buat muka agaknya!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!