Penyanyi Elyana tampil berkongsi berita mengenai keguguran anak keduanya di laman Instagram miliknya dua hari yang lalu.

Menerusi foto yang dimuat naik oleh Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal menjelaskan kandungannya itu sudah pun memasuki minggu ke tujuh.

“Selamat jalan anak syurga.. Tunggu bonda di sana #7weeks,” tulis Elyana ringkas.

Elyana turut mengesahkan perkara tersebut dan berharap mendoakan yang terbaik buat keluarganya.

“Ya betul, terima kasih. Tolong doakan yang baik-baik untuk keluarga saya,” jelasnya.

Elyana yang mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Hussin telah dikurniakan anak perempuan iaitu Cinta Sumayyah pada Ogos 2011.

Astro Gempak mengucapkan takziah buat Elyana dan keluarga di atas dugaan yang dihadapi.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Media Hiburan, Instagram Elyana