Selepas kumpulan Selamba Blur mengungguli carta #JuaraParodi minggu lalu, kumpulan Juri yang dianggotai oleh Ajak Shiro dan Datuk Hattan tampil memberi kejutan dengan mendahului carta mingguan #JuaraParodi untuk minggu kesembilan.

Menyampaikan lagu berjudul Terharu yang dipopularkan oleh Datuk Jamal Abdillah dan Mawi, Juri memparodikan lagu tersebut dengan jayanya dan menukar genre muzik pop rock kepada irama tango.

Di tempat kedua, kumpulan Abang Face yang dianggotai oleh Shuk SYJ, Joey dan Sam Bunkface berjaya memparodikan lagu dangdut berjudul Asyik nyanyian asal Amelina dalam versi jazz.

Seterusnya, kumpulan Kobis Pedas, Black Dot Chey, Selamba Blur dan Skru mengekori rapat kumpulan Selamba Blur dan Mawi & The Loyar.

Kumpulan Righthanded, Mawi & The Loyar, Senaman dan Cuba Teka pula terpaksa berpuas hati menghuni empat kedudukan terendah.

Anda berpuas hati dengan kedudukan ini? Jika tidak, anda mampu mengubahnya! Jom undi Carta Digi Online #JuaraParodi untuk memilih peserta kegemaran anda!

Selain diberi peluang untuk memilih peserta kesukaan sendiri, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik.

Bagi pengguna Digi, anda akan berpeluang untuk memenangi 100GB storan foto dan video percuma untuk app Capture bernilai RM250 dan sepasang tiket eksklusif untuk menonton #JuaraParodi.

Untuk bukan pengguna Digi, anda boleh berpeluang untuk memenangi sepasang tiket eksklusif untuk menonton #JuaraParodi.

Jadi, apa tunggu lagi? Jalankan tanggungjawab anda untuk mengundi peserta kesukaan anda di laman web #JuaraParodi! Pengundi terbanyak bakal memenangi hadiah mingguan menarik. Hanya satu pemenang yang akan dipilih untuk setiap minggu!

#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap. #JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.

#JuaraParodi disokong oleh Digi. Nikmati sehingga 1.5GB internet daripada RM1 sehari dan pilih satu di antara Digi Prepaid Super Deals! Pilih antara 1.5GB internet percuma dari 1.00 pagi hingga 7.00 pagi, 500MB percuma untuk melayari Facebook, 500MB percuma untuk melayari YouTube atau 500MB percuma kuota 4G LTE .

Dial *116*1# untuk melanggan atau layari laman web http://new.digi.com.my/cs/Satellite/ecomm_C/services/default/extrainternet untuk informasi lanjut.

Layari www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi. Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

Teks Oleh: Kamaruddin Razal