Datuk Fazley bakal muncul sebagai ‘Ketua Bakeri & Pastri’ dalam program realiti terbaru Semanis Fondant.

Cef selebriti terkenal itu akan dibantu akan dibantu empat lagi pembuat kek iaitu Cef Abang Brian, Cef Sherry, Cef Imelda dan Cef Razif.

Menurut Fazley dia menghadapi pelbagai cabaran ketika merealisasikan program masakan khusus untuk pembuatan dan hiasan kek yang bakal bersiaran 13 episod itu.

Antara cabaran yang dihadapi oleh Fazley ialah apabila terpaksa berhadapan dengan pemintaan pelanggan yang terdiri daripada selebriti dan orang kenanamaan tanah air.

“Pada awalnya saya agak panik apabila diminta untuk menjadi ketua bakeri dan pastri untuk program ini kerana masing-masing tidak ada pengalaman membuat kek Fondant. Lebih memeningkan apabila saya perlu siapkan permintaan pelanggan dalam masa 24 jam sahaja.

“Ditambah lagi dengan beberapa kejadian yang tidak diingini serta masalah yang timbul di setiap episod sewaktu dalam proses membuat tempahan kek Fondant untuk pelanggan. Jadi kepada mereka yang

menonton program ini nanti, apa yang kami hadapi adalah realiti yang dilalui setiap baker di dunia,” katanya.

Program Semanis Fondant merupakan sebuah kedai bakeri dan pastry milik Cef Adu Amran dan dibantu oleh Shalma Ainaa selaku pengurus kewangan.

Mereka harus menyiapkan tempahan termasuklah kek majlis perkahwinan, sambutan hari lahir, majlis perasmian dan parti bachelorette dalam masa yang singkat.

Pelbagai drama, tips, teknik dan pengedalian fondant akan dikongsi kepada para penonton.

Jangan lpa untuk saksikan Semanis Fondant yang akan bersiaran secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 11 Januari, jam 9.30 malam.

Teks Oleh: Khalid Rahman