Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF2015) Iqwan tidak menyangka perbualan bersama bapanya pada jam 3 pagi Sabtu lalu merupakan pertemuan terakhir mereka.
Menurut Iqwan, walaupun mereka hanya berbual kosong namun momen tersebut menjadi kenangan paling berharga dalam hidupnya.
“Nak kata tanda-tanda pelik itu tidak ada cuma pada malam itu apabila pulang ke rumah, saya lihat ayah sedang tidur.
“Saya rasa sedikit hairan kenapa ayah tidur awal kerana selalunya dia pasti akan tunggu saya pulang terlebih dahulu kemudian barulah dia akan masuk tidur.
“Rasa seperti baru saja berbual dengan arwah dan masih lagi teringat sewaktu ayah memanggil saya kira-kira jam 3 pagi dan mengajak saya untuk berbual bersamanya.
“Dalam pada kami berbual-bual kosong, ayah juga ada mengadu yang dia sakit bahu dan kemudiannya saya picit bahu ayah sehingga dia tertidur.
“Selepas itu saya salam ayah dan dalam masa yang sama terdetik rasa tidak sedap hati namun saya tepis perasaan tersebut kerana tak mahu berfikiran negatif,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Iqwan atau nama sebenarnya Muhammad Ikhwan Alif Salim memberitahu dia mendapat tahu tentang berita mengejut itu selepas dihubungi oleh pihak hospital.
“Ayah menghidap penyakit tiga serangkai (jantung, buah pingang & kencing manis) sejak tahun 2013 dan arwah meninggal dunia di hospital ketika menjalani rawatan dialisis.
“Kami sekeluarga dapat tahu tentang berita tersebut apabila pihak hospital hubungi kami dan memberitahu arwah pengsan ketika rawatan.
“Saya agak terkejut kerana sebelum ini, arwah tidak pengsan dan pada pagi itu juga ayah berkelakuan seperti biasa.
“Sebaik sahaja kami sampai ke tempat rawatan, doktor memberitahu bahawa ayah saya sudah tiada,” ujarnya.
Lebih menyedihkan, Iqwan dan keluarga telah merancang untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi bapanya pada keesokan hari (Ahad).
“Kami dah merancang untuk menyambut majlis hari jadinya dan kebetulan ayah pula teringin nak makan daging kambing.
“Namun tuhan lebih sayangkan arwah dan ayah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Januari lalu iaitu sehari sebelum hari lahirnya” katanya sebak.
Allahyarham Salim B. Mohamed, 55, meninggal dunia kira-kira jam 10 pagi pada 9 Januari lalu di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Setapak akibat serangan jantung dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Gombak.
Teks Oleh: Mya Amri
Ahmad Shah
Tue Jan 12 2016
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.