Pelakon kanak-kanak Mia Sara mengambil keputusan untuk berhijab selepas pulang dari menunaikan umrah tiga minggu lalu.

Keputusannya itu juga turut mendapat sokongan dan reaksi positif daripada keluarga serta peminatnya.

Antara foto berhijab yang dimuat naik oleh Mia adalah sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah dengan kapsyen yang berbunyi:

“Alhamdulillah berkat doa kita semua visa Mia menunaikan umrah telah diluluskan. InsyaAllah akan berangkat 21/12 ni. Doakan Mia selamat pergi dan pulang ya. Thanks semua.” tulisnya

Difahamkan Mia berhasrat untuk bertudung sejak setahun lalu selepas melihat semua ahli keluarganya menutup aurat.

Sebagai tanda sokongan terhadap pelakon cilik itu, ruangan komen pada setiap foto berhijab yang dimuat naik oleh Mia dihujani dengan ucapan tahniah dan pujian oleh peminatnya.

Malah ada juga yang menyatakan penampilan terbaru Mia itu membuatkan dia kelihatan semakin comel.

Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto terbaru Mia Sara berhijab: