Nilai tajaan sebanyak RM25 juta untuk perkahwinan pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang diumumkan oleh mereka baru-baru ini dilihat bakal digelar ‘Wedding of The Year’.

Jika anda imbas kembali, memberi tajaan untuk majlis perkahwinan artis sebenarnya adalah perkara biasa. Bukan hanya Sam dan Syatilla, beberapa nama besar dalam industri seni tanah air turut mendapat 'rezeki terpijak' apabila ramai yang sudi menaja hari bahagia mereka.

Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Tidak menghairankan reputasi Che' Ta sebagai ikon fesyen memberi kelebihan untuk mereka menerima penajaan berjumlah kira-kira RM13 juta.

Bekas pramugari MAS ini difahamkan menerima tajaan RM10 juta untuk aksesori yang dipakai pengantin dari sebuah syarikat barangan kemas terkemuka.













Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa

Perkahwinan yang dinanti-nantikan peminat buat sekian lama. Siapa yang tidak mahu memahat nama dalam perkahwinan bersejarah diva nombor satu negara kita ini? Beberapa sumber menganggarkan nilai tajaan 'perkahwinan dekad ini' itu mencecah hampir RM12 juta.

Kebanyakan tajaan adalah berbentuk barang kemas, aksesori dan pakaian.












Norman Hakim dan Memey Suhaiza

Syarikat Rafflesia memberikan tajaan RM12 juta untuk perkahwinan pasangan ini yang bertemakan New York in Black and White.

Gaun yang dikenakan Memey pada majlis berkenaan adalah rekaan Vera Wang dan diterbangkan khas dari Hong Kong.











Ezlynn dan Adam

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu ‘Hi Hi Bye Bye’ ini juga mendapat tajaan oleh Rafflesia dengan jumlah yang sama dengan jumlah yang diterima Memey dan Norman.

Gaun kuning yang dipakai Ezlynn difahamkan bernilai RM400 ribu, manakala tajaan barang kemas adalah kira-kira RM4 juta.











Mawi dan Ekin

Bekas pelajar program realiti nyanyian Akademi Fantasia ini pernah mencetuskan demam 'tsuMawi' yang melanda seluruh negara. Perkahwinan Mawi dan isteri mendapat liputan meluas oleh media dan peminat.

Banyak pihak bermurah hati memberikan tajaan sebanyak RM5 juta, dengan RM2.5 juta adalah tajaan barangan kemas.

Malah bulan madu pasangan ini juga turut mendapat tajaan syarikat DCL.












Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Astro Awani