Pengacara Primadona, Rozita Che Wan menjanjikan sebuah kereta sport jenis Nissan GT-R untuk anak keduanya, Aniq Ezzra, 18 jika cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (SPM).

Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta berkata, dia memang menjanjikan habuan untuk anak-anaknya tetapi dengan syarat mereka perlu cemerlang dalam pelajaran.

“Aniq mahu dibelikan kereta Nissan GT-R. Jadi, saya cakap boleh jika dapat 9A1 dalam SPM. Insya Allah, saya yakin dia mampu memperoleh keputusan begitu memandangkan keputusan percubaan SPM lalu mencapai sasaran.

“Dulu saya tidak menikmati seperti anak saya dapat hari ini. Jadi, apabila saya diberikan rezeki lebih, tidak salah jika saya berbelanja untuk mereka. Namun, untuk mendapatkan apa diinginkan, mereka perlu berusaha,” katanya.

Menurut Rozita, anak-anaknya itu turut diberikan elaun mingguan.

“Dalam soal berbelanja melibatkan duit poket, saya beri mereka elaun mingguan. Mereka perlu bijak menguruskan kewangan sediri.

“Kalau wang berkenaan habis sebelum waktunya, saya tegas untuk tidak memberikan wang tambahan,” ujarnya,

Dua tahun lalu Che Ta menghadiahkan anak sulungnya, Ammar Effendy sebuah kereta mewah jenis BMW selepas memperoleh 8A dalam peperiksaan SPM.

Olahan Semula: Hafiza Kamarudin

Sumber: Harian Metro