Buat pertama kalinya pelakon Liyana Jasmay berkongsi foto anak keduanya yang selamat dilahirkan pada 22 Januari lalu.

Menerusi foto yang dimuat naik melalui akaun Instagramnya malam semalam (Rabu), Liyana juga turut mendedahkan nama bayi comel itu.

“Assalamualaikum.. we are so happy to introduce our little baby girl , Selena binti Mohd Fathuddin . She is officially one week today. Thank you for all the prayers from my beloved family, friends and my dear fans? Now I have two girls to brighten up my day everyday.. Syukur alhamdulillah.. #BabySelena #sofiaarissa.” tulisnya.

Dalam pada itu, ucapan tahniah tidak putus-putus diberikan kepada Liyana dan keluarga oleh peminat melalui ruangan komen di Instagramnya.

Rata-ratanya kagum dengan Liyana kerana memberikan nama yang cantik dan ringkas kepada puterinya dan tidak terpengaruh dengan nama-nama pelik yang menjadi trend masa kini.

Terdahulu, bayi seberat 2.92 kilogram itu dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Prince Court.

Liyana telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Fathuddin pada Februari 2013.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Sofia Arissa, 2.