Belum reda kisah penularan foto mesra pelakon lelaki mirip Aliff Aziz sejak dua hari lalu, kini tersebar pula foto terbaharu memaparkan lelaki miripnya.

Foto yang mula tersebar sejak pagi tadi itu memaparkan aksi panas lelaki berkenaan dengan seorang wanita seksi termasuk adegan bercumbu.

Menerusi laman sosial dan forum hiburan tempatan, netizen mendakwa wanita berkenaan seorang ibu tunggal berusia awal 30-an dan sudah mempunyai seorang cahaya mata.

Bagaimanapun, identiti wanita itu masih belum dipastikan sepenuhnya.

Dalam beberapa keping foto yang tular, lelaki berkenaan berbaju merah dan berseluar jeans serta bercermin mata hitam berpelukan dengan wanita terbabit.

Sebelum ini, foto intim mirip Aliff bersama seorang gadis bawah umur bernama Mell mengundang rasa geram dalam kalang netizen.

Sehubungan itu, isteri Aliff, Bella Astillah dalam kenyataannya di media sosial memutuskan untuk meneruskan hidup bersendirian tanpa Aliff lagi.

Keluarga Aliff pula dalam kenyataan kepada media semalam memberitahu masih belum bertemu dengan pelakon kelahiran Singapura itu dan enggan campur tangan dalam urusan peribadi Aliff.

Sebelum ini media pernah melaporkan kisah kecurangan Aliff dengan dua pelakon wanita Afifah Nasir dan Octovia Manrose.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan daripada Aliff sendiri.