Peminat makanan segera, KFC meminta menu baharu selepas tidak tahan melihat kelazatan menu baharu di KFC Indonesia.

KFC Indonesia memperkenalkan menu terbaharu mereka, KFC Chicken Skin yang mula berada di pasaran minggu lalu.



Hanya boleh didapati di beberapa KFC terpilih sahaja di sekitar Jakarta, setiap satunya berharga IDR13,636 (RM3.95).

Satu tweet dari KFC Indonesia memperkenalkan menu terbaru tersebut nampaknya telah membuatkan orang Malaysia cemburu.

Ada netizen yang turut bertanyakan pada KFC Malaysia apakah menu KFC Chicken Skin ini akan masuk Malaysia.

Permintaan dari netizen Malaysia itu nampaknya telah mendapat respon dari pihak KFC Malaysia.

Menjawab pertanyaan netizen, KFC Malaysia membalas, “Hi @IniAlannn, thank you for your suggestion. Do share it with us at https://kfc.com.my/support for us to look into it.”Mari kita semua penuhi permintaan kulit ayam rangup ini di laman sokongan KFC Malaysia dan diharapkan tak lama lagi rakyat Malaysia juga boleh menikmatinya.