Kredibiliti Alif Satar dalam segala bidang tidak perlu dipertikaikan. Lakonan, nyanyian, pengacaraan malah sukan, semuanya ibarat senang saja baginya.

Terbaharu, Alif muncul dengan kolaborasi bersama kumpulan nasyid legenda, Raihan menerusi lagu Sesungguhnya 2019.

Lagu nasyid ikonik kumpulan Raihan itu jika anda ingin tahu telah dirakamkan ketika Alif berusia 7 tahun.

Bayangkan kini Alif duduk sebaris dengan kumpulan Raihan dan menghasilkan karya baharu yang lebih segar namun masih mengekalkan nilai estetika lagu asal itu.

Sesungguhnya 2019 digubah semula oleh The Locos iaitu ahli band yang sering mengiringi persembahan Alif serta diiringi tiupan seruling.

Alif Satar X Raihan #Sesungguhnya2019 merupakan comeback kedua-dua nama besar ini.

Mengembalikan nostalgia peminat yang membesar dengan untaian lagu Raihan, Sesungguhnya2019 disambut baik oleh pendengar semasa.

"MashaAllah, the great collaboration between you and Raihan. Goosebumps while listen to this. Love it! Congrats to you both Alif and Raihan," puji SitiAminah Ahmad.

"Ya Allahh merdunya boleh nangis tau bile feel betul-betul. Congrats Alif Satar and Raihan! Should do more collabs! Alif Satar suits nasyid alots! let's make this a trending!" tambah Aznisah Mazelan.

"When you have good music, lyric and singer, you dont neet any fancy MV. Just sit on a chair with blank background. You guys amazing! Allahuakbar," sahut Dak Kamponk.

Lagu Sesungguhnya2019 dilancarkan pada hari ini (10 Mei) di seluruh platform striming muzik dan YouTube.

Dalam perkembangan lain, Alif bakal mengadakan persembahan amal untuk mengutip dana Pertubuhan Komited Malaysia pada 17 Mei di Bora Ombak, Putrajaya pada pukul 4 petang.

Raihan juga diundang sebagai artis jemputan dalam persembahan amal ini dan akan pertama kali menyanyikan lagu Sesungguhnya2019 bersama-sama.

Info lanjut hubungi 011-56866963.