Trailer sekuel filem ‘IT’, ‘IT: Chapter 2’ baru sahaja dikeluarkan untuk tayangan umum dan ia membuatkan peminat cukup teruja!



Trailer yang berdurasi sekita 3:02 minit itu berkisarkan mengenai ahli The Losers Club yang kembali ke pekan kecil mereka setelah 27 tahun.

Filem ini dibintangi oleh James McAvoy, Jessica Chastain, Jay Ryan, Bill Hader, Bill Skargard dan ramai lagi.

Pennywise the Dancing Clown, badut hantu yang dahulunya menghantui kehidupan lima anak kecil ini nampaknya semakin mengganas.



Ditambah dengan kehadiran nenek tua yang menyeramkan, dengan menonton trailer sahaja bakal membuatkan anda kecut perut.

Filem ‘IT: Chapter 2’ bakal menghantui anda di pawagam pada 5 September 2019 ini.

Filem pertamanya ‘IT’ yang mendominasi carta filem seram tahun 2017 berjaya mengaut keuntungan sekitar USD700 juta.