Selepas dua selebriti iaitu Shaheizy Sam dan Atu Zero selamat bergelar suami, kini tiba giliran pelawak Shahrul Shiro pula menunggu hari bahagianya yang bakal berlangsung pada 18 Mac depan.

Sama seperti Sam dan Atu, Shahrol juga tidak ketinggalan untuk merakamkan detik istimewa bersama wanita pilihan hati, Nor Farhanan Syamimi.

Menariknya, foto pra-perkahwinan pasangan tersebut nampak begitu cantik dan comel lebih-lebih lagi apabila Farhanan yang memakai apron umpama watak seorang Chef pastri diganggu oleh Sharol.

Gelagat Shahrol yang agak nakal dan sibuk ‘menolong’ sambil bermain tepung itu ternyata membuatkan foto pra-perkahwinan mereka menjadi lebih menarik.

Foto-foto itu kemudiannya dikongsi oleh jurugambar rasmi mereka, Nabil Nadir menerusi akaun Instagramnya.

Baca: SHAHROL SHIRO KAHWIN 18 MAC, DEDAH IDENTITI BAKAL ISTERI

Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto pra-perkahwinan Sharol dan Farhanan: