Pada petang Selasa, telah berlangsung majlis resepsi pasangan pelakon Shaheizy Sam, 34 dan Syatilla Melvin, 25 di Bukit Jawi Golf Villa, Pulau Pinang.

Pada majlis tersebut, Sam kelihatan segak menggayakan sut padanan rona emas dan putih, Syatilla pula jelita dengan busana berwarna sedondon rekaan Arma Couture.

Bagaimanapun, dek kerana turban yang digayakan Syatilla, Sam kelihatan 'tidak cukup tinggi' dan perkara tersebut menarik perhatian dan menjadi bualan netizen.

Sam menjadi suami kepada Syatilla pada Isnin lalu, jam 9.00 malam di Jawi, Pulau Pinang.

Majlis tersebut dikendalikan jurunikah, yang juga Pengarah Pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Ellias Zakaria, dengan berwalikan bapa Syatilla, Amirol Melvin Abdullah.

Syatilla menerima mas kahwin sebanyak RM10,082 bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Wang hantaran pula dirahsiakan jumlahnya.

Jom kita lihat foto-foto menarik sekitar majlis resepsi Syatilla dan Sam, ihsan laman Instagram TV3 dan TV9: