Sedang Miss K bergegas nak kemas barang untuk pulang ke rumah dari pejabat tadi, telefon pintar Miss K berdering, menandakan ada e-mel baru masuk.
E-mel tersebut datangnya dari seorang lelaki bernama Zizi yang membawakan khabar mengenai aktres cantik, Emma Maembong.
Dakwa Zizi, hubungan Emma dan teman tapi mesranya, Syed Abdullah yang merupakan abang kepada Menteri Belia & Sukan Syed Saddiq telah menemui jalan buntu.
Dengarnya, hubungan Emma dan Abdullah didakwa berantakan dan kini, mereka sudah membawa haluan masing-masing.
Miss K pun hairan juga... Ye lah, kan Emma kata dia tak ada hubungan istimewa dengan Abdullah, tiba-tiba ada orang kata dah putus...
Mungkin mereka menyembunyikan hubungan mereka dari pengetahuan ramai... Tapi tak mengapalah, tak ada jodoh kan, nak buat macam mana...
Tapi, Zizi ada memberikan satu info terbaru juga. Dakwa Zizi, Emma kini sedang rapat dengan seorang rapper yang berdarah campuran Cina dan India... Ala, Chindian gitu.
Rapper yang bernama Ashtin tu pernah muncul dengan album yang berjudul 'Chindian The Album' dan antara lagu popularnya ialah Ngam, kolaborasi bersama Altimet.
Ashtin juga pernah tampil dalam salah satu episod 16 Baris yang disiarkan di laman YouTube.
Dakwa Zizi lagi, Emma turut sempat bercuti ke Hong Kong bersama Ashtin pada penghujung April lalu.
Percutian itu juga disertai oleh adik Emma, Chacha Maembong dan beberapa rakan lain.
Wah, betul ke apa yang didakwa Zizi ni Emma? Kalau betul, Miss K doa yang baik-baik sahaja untuk Emma ya.
Miss K: Makin best pulak drama bersiri Curi-Curi Cinta ni... Geram betul dengan Intan!
Miss K
Wed May 08 2019
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.