Suami kepada aktres Karisma Kapoor, Sanjay Kapoor membuat permohonan untuk bertukar lokasi sebutan kes mahkamah selepas menerima ugutan bunuh.

Sanjay yang juga seorang ahli perniagaan terkenal India meminta sebutan kes cerai di tukar ke Mahkamah Delhi selepas menerima ancaman bunuh oleh Ravi Pujari, samseng terkenal di Mumbai sejak tahun lalu.

Ini berikutan tindakan Sanjay mengambil keputusan untuk berpisah dengan Karisma selain menuntut hak penjagaan dua orang anak mereka, Kiaan Raj dan Samiera.

“Ravi telah menelefon Sanjay beberapa kali dan membuat ugutan bunuh. Akibat daripada itu, dia berada dalam ketakutan dan memohon supaya kes tuntutan cerai dengan Karisma ditukarkan ke Delhi dengan segera.

“Ancaman tersebut dipandang serius dan pihak mahkamah sedang meneliti laporan polis yang telah dibuat oleh Sanjay,” jelas pihak pendakwa raya, AK Sikri.

Disember tahun lalu, Sanjay menuntut permohonan cerai selepas menuduh Karisma berkahwin dengan nya kerana wang. Dia juga mendakwa Karisma tidak menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan menantu dengan baik dan tidak bertanggungjawab.

Tambahnya lagi, perkahwinan mereka hanya alasan utama Karisma untuk melupakan bekas kekasihnya, Abhishek Bachchan selepas mereka berpisah pada 2003.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: DNA India, Hindustan Times