Pengacara Datuk AC Mizal mengaku bangga mengaku dia anak emas Astro kerana bukan semua individu mempunyai peluang sepertinya.

Datuk AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 44, berkata sesiapa sahaja boleh menjadi anak emas asalkan mereka juga bekerja keras dan sentiasa berusaha.

“Mereka kena faham macam mana saya boleh jadi anak emas dan saya bangga mengatakan saya anak emas astro kerana saya berusaha.

“Saya mendapat ‘tempat’ itu atas hasil usaha saya selama ini. Saya work hard dan all out dengan kerja saya,” katanya mengulas tentang dakwaan sesetengah pihak mengenai perkara tersebut.

Kata AC lagi mungkin pada masa akan datang orang lain juga akan berada di tempatnya sekarang tetapi tidak buat masa ini.

“Kalau tak boleh kerja macam saya, tak boleh jaga disiplin macam saya susah untuk tandingi saya sebab saya memang berkerja sepenuh hati.

“Sukar untuk gugat kedudukan saya sekarang kerana, terus-terang saya katakan saya tidak pernah danti tidak akan mengalah. If you want to defeat me, you must make sure you betul-betul buat,” katanya.



Dalam pada itu AC turut berbesar hati apabila diberi penghormatan untuk menerajui Anugerah MeleTop Era (AME) sebanyak tiga kali-berturut-turut.

“Ia satu penghormatan yang besar atas hasil usaha saya dan juga penghormatan kepada penyokong-penyokong saya.

“Untuk AME tahun ini saya bukan sahaja mengacara tetapi juga tercalon dalam dua kategori iaitu Hos MeleTop dan Fesyen MeleTop. Bukan semua orang dapat peluang itu kerana peluang hanya akan diberikan kepada orang yang betul-betul berusaha,” ujarnya.

AC akan bergandingan dengan Nabil Ahmad, Neelofa dan Jihan Muse dalam AME 2016 yang akan bersiaran pada 28 Februari ini.

AME 2016 bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Konvensyen Kuala Lumpur (CIDB) bermula jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Tetapi, jangan lupa untuk terus mengundi calon top 5 anda di Anugerah MeleTOP Era 2016 kerana lebih banyak anda mengundi, ‘positif meter’ akan bergerak dan selebriti kita akan melakukan kerja amal mengikut pergerakan meter tersebut.

Ingat, satu undian anda bakal membuatkan seribu yang lain tersenyum!