Instafamous yang juga finalis Dewi Remaja, Fify Azmi mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk memegang watak utama dalam filem Wira.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fify menjelaskan dia tidak pernah terfikir untuk mendapatkan watak utama dalam lakonan dan mengakui perkara tersebut bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

"Seorang pelakon yang bagus bukanlah yang hanya menjaga ‘call time’ nya, tapi bagaimana dia boleh mengekalkan wataknya sehingga habis penggambaran.

"To be honest, tak pernah Fy terfikir untuk sejauh ini. Menggalas watak utama bukanlah hanya seindah nama, tapi bagaimana untuk menzahirkannya kepada penonton nanti.

"Bukan mudah untuk berlakon sambil berlawan. Fy banyak belajar tentang bagaimana ‘seorang pelakon itu tidak boleh berlakon’ sepanjang shooting Wira.

Seorang pelakon yg bagus bukanlah yang hanya menjaga ‘call time’ nya, tapi bagaimana dia boleh mengekalkan wataknya sehingga habis penggambaran. To be honest, tak pernah fy terfikir untuk sejauh ini. Menggalas watak utama bukanlah hanya seindah nama, tp bagaimana untuk menzahirkannya kepada penonton nanti. Bukan mudah utk berlakon sambil berlawan.. Fy banyak belajar tentang bagaimana ‘seorang pelakon itu tidak boleh berlakon’ sepanjang shooting Wira. Tiada istilah berlakon dlm lakonan. Satu ilmu dan cabaran baru dlm hidup fy. Wish me luck guys. Doakan semuanya berjalan lancar untuk fy dan team Wira ok? #wira2019 #fifyazmionset #fifyazmi @wira_2019 @adrianteh19 @hairulazreen @cheeang @yayanruhian @ismimelinda @josiahhogan @hilal.azman

A post shared by fifyazmi (@fifyazmi) on


"Tiada istilah berlakon dalam lakonan. Satu ilmu dan cabaran baru dalam hidup Fy. Wish me luck guys. Doakan semuanya berjalan lancar untuk Fy dan team Wira ok," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memberi sokongan kepada Fify dan mereka mengakui tidak sabar untuk menyaksikan filem lakonannya itu.

Selain Fify, filem Wira turut membariskan pelakon seperti Hairul Azreen dan Zizan Razak.

Filem tersebut sedang giat menjalani penggambaran dan akan menemui penonton tidak lama lagi.