Pelakon Syatilla Melvin telah mendedahkan nama anak keduanya yang baru dilahirkan pada 17 April lalu.

Seperti yang diumumkan menerusi entri di akaun Instagramnya, nama bayi tersebut adalah Sarima Samheizy.

Menurut Syatilla, anak pertamanya, Syeriv Samheizy tidak merungut apabila katilnya diberikan kepada adik perempuannya itu.

"Nasib baik penyewa lama dengan rela hati mengundur diri tanpa tunjuk perasaan.

"Welcome home my girl Sarima Samheizy Binti Shaheizy Sam, good luck kat bakal laki hang nanti anak," tulisnya sebagai kapsyen.

Nasib baik penyewa lama dengan rela hati mengundur diri tanpa tunjuk perasaan??welcome home my girl SARIMA SAMHEIZY BT SHAHEIZY SAM (goodluck kat bakal laki hang nnti anak) #ibgmalaysia #naturallatexmattress #napure @ibgmalaysia

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on


Syatilla dan Sam mengumumkan kelahiran cahaya mata kedua mereka itu pada 17 April lalu.

Mereka berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki sebelum ini, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.