Pelajar dan model sambilan, Jabir Meftah terkejut dirinya menjadi tular selepas muncul di Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) sebagai pembawa trofi.

Berusia 19 tahun, Jabir merupakan seorang pelajar sepenuh masa di Universiti Teknologi Petronas, Sri Iskandar, Perak.


"Terkejutlah sikit... Rasa tak selesa. Sebab sebelum ini saya biasa-biasa sahaja, pengikut di laman Instagram pun bawah 10,000 orang.

"Tapi lepas naik sampai 50,000 pengikut tu saya rasa macam takut sikit. Saya takut kelakuan saya jenis yang nakal-nakal, buas-buas, suka cakap banyak kan. Takut tersalah cakap," kata Jabir.

BACA: “Who's This Guy? He's So Hot” - Jejaka Kacak AME 2019 Ini Bikin Ramai Gadis Gelisah

Kini, pengikut laman Instagram Jabir yang menuntut dalam jurusan kejuruteraan kimia kini sudah mencecah 95,000 pengguna.

Berminat mahu menceburkan diri dalam bidang hiburan, Jabir mahu menghabiskan pelajaran terlebih dahulu.

"Insya-Allah jika berpeluang, saya mahu menceburkan diri dalam bidang hiburan selepas habis belajar.

"Saya berminat mahu menceburkan diri dalam bidang lakonan kerana saya risau, kalau menyanyi, suara saya tak lepas," katanya berseloroh.