Pelakon Hisyam Hamid diusik peminat selepas aktres Anzalna Nasir selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Hanif Zaki Ahad lalu.

Usikan tersebut bermula selepas Hisyam yang memegang watak sebagai Megat Rayyan dalam drama bersiri Memori Cinta Suraya telah memuat naik satu foto bersama pasangan pengantin dengan kapsyen:

“Selamat pengantin baharu Suraya! Eh, Anzalna la.Semoga u bahagia selalu disamping suami tercinta Hanif dan kekal hingga ke Jannah, InShaAllah #hanzalna,” tulisnya.

Satu lagi foto berjaya dirakamkan oleh jurufoto rasmi majlis perkahwinan itu yang menunjukkan Hisyam seakan-akan berwajah muram menonton majlis akad nikah pasangan tersebut membuatkan peminatnya semakin galak mengusik.

Antara komen lucu yang diberikan ialah:

“Sian rayyan .. bertabahla suraya dah kawen ngn org lain ?? Selamat Pengantin Baru @anzalnanasir88,"


"Rayyan pun ada? Mesti frust Suraya kawin dengan orang lain,"
tulis peminat tersebut.

Jadi kepada peminat yang ingin terus ‘mengusik’ Rayyan dan Suraya, jangan lupa sesi live chat bersama mereka bermula jam 3 hingga 5 petang ini di Astro Gempak.

Anda juga boleh berinteraksi bersama pelakon-pelakon Memori Cinta Suraya, Afiq Muiz (1-2 petang), Iqram Dinzly (2-3 petang) dan Miera Liyana (5-6 petang) di twitter sebentar lagi.

Saksikan episod akhir Memori Cinta Suraya, yang bersiaran hari ini pada jam 6.00 petang hari ni di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Kredit foto: Instagram Hisyam Hamid & TV3