Penyanyi Datin Alyah kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Meluruh.

Single ini dihasilkan pada Disember 2018 sebelum dia mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.

Idea asal lagu ini lagu ini terhasil apabila Alyah sedang memandu dalam hujan lebat dan tiba-tiba mendapat ilham untuk menghasilkannya.

Alyah menghubungi penulis lirik Slen dan memintanya untuk menulis lirik dari ilhamnya itu, selepas itu, Alyah meminta khidmat Helen Yap untuk memberi sentuhan ketika menyiapkan lagu terbabit.

Ternyata kolaborasi antara Alyah, Slen dan Helen begitu serasi dan dijangka mampu menaikkan lagi nama Alyah di industri muzik tempatan.

Meluruh merupakan single terbitan Warner Music Malaysia dan boleh didapati di kesemua pelantar digital bermula 19 April 2019.