Bekas pemain bola sepak antarabangsa, David Beckham tidak dapat menahan ketawa apabila melihat gelagat anak sulungnya, Brooklyn memasak lempeng.

Menerusi satu video yang dikongsi oleh Beckham melalui akaun Instagramnya (IG), jelas kelihatan Brooklyn begitu yakin menunjukkan kemahiran memasak dengan cubaan untuk terbalikkan lempeng di dalam kuali sambil memusingkan badannya.

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila Brooklyn tidak dapat menyambut lempeng tersebut dengan sempurna.

Beckham yang merakamkan kejadian lucu itu kemudiannya ketawa terbahak-bahak di belakang kamera.

Brooklyn yang pada mulanya berlagak ‘cool’ akhirnya turut ketawa sambil tertunduk dan menekup mukanya tanda malu.

Video dengan kapsyen yang ditulis ‘How not to flip a pancake staring my son’ itu mendapat 599 ribu ‘likes’ dan menerima lebih 15 ribu komen yang diberikan oleh pengikut IGnya.

Di sini Astro Gempak kongsikan video Brooklyn yang diambil menerus IG Beckham:

How not to flip a pancake staring my son ❤️

A video posted by David Beckham (@davidbeckham) on