Foto aktor Salman Khan mencium kekasihnya, model terkenal Romania, Lulia Vantur di publik menjadi viral di media sosial.

Foto kurang jelas tersebut menunjukkan Lulia sedang bermesra dengan seorang lelaki seakan seperti Salman yang terlindung dari lensa kamera.

Malah timbul spekulasi kononnya mereka berdua dikhabarkan sedang menikmati percutian romantis di Dubai sejak minggu lalu.

Walau bagaimanapun sebuah kelab peminat aktor itu telah memuat naik sebuah foto lebih jelas dan menafikan individu itu adalah Salman.

Menurut salah seorang ahli kelab peminat Salman, lelaki yang sedang bercumbuan dengan Lulia ialah bekas kekasihnya, Marius Moga.

Namun sehingga kini, Salman masih belum memberi sebarangan kenyataan rasmi mengenai foto tersebut walaupun ianya sudah tersebar meluas di India.

Terdahulu Salman Khan dikhabarkan bakal mengikat tali pertunangan dengan Lulia selepas bapanya mengeluarkan kenyataan menzahirkan rasa gembira sekiranya anak lelakinya itu mendirikan rumah tangga secepat yang mungkin.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Indian Express, Times Of India