Pelakon Scha Alyahya akui sudah lama menyimpan hasrat untuk menambah bilangan anak.

Namun begitu, sehingga kini belum ada rezeki kepadanya dan suami, pengacara Awal Ashaari.

"Saya sudah merancang lama untuk menambah bilangan anak namun belum mempunyai rezeki.

"Saya dengan Awal kalau diberi keizinan untuk mempunyai anak lebih daripada seorang.

"Sebelum ini ketika ingin mendapat Lara ia memakan masa selama satu tahun setengah.

"Sekarang ini Lara sudah berusia empat tahun dan kami masih mencuba.

"Setakat ini saya dan Awal belum terfikir untuk mencuba alternatif lain.

"Namun kalau tahun ini masih tidak hamil, dengan umur yang tidak mengizinkan ini kami akan fikir untuk menggunakan cara lain," katanya kepada Gempak.

Scha ditemui pada majlis sidang media program Lagu Cinta Kita yang diadakan di Colony Coworking Space, Kuala Lumpur.

Tambah Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean akui berasa sedih melihat anaknya, Lara Alana bermain dengan orang yang bukan sebaya umurnya.

"Kadang-kadang sedih tengok Lara duduk bermain bersama saya dgn Awal kerana hakikatnya lagi menyeronokkan kalau bersama orang yang sebaya dengannya.

"Sekarang ini Awal sudah nampak yang Lara memerlukan seorang kawan di rumah.

"Pada bulan depan, kami akan memasuki ulang tahun perkahwinan yang ketujuh jadi kena berusaha lebih," katanya lagi.