Personaliti popular, Fara Fauzana dan Heliza Helmi bersama 25 orang selebriti yang lain bakal memeriahkan Karnival Geng Masjid yang akan berlangsung pada 11 hingga 13 Mac 2016 di Masjid Kota Damansara, Selangor.

Karnival yang sarat dengan program ilmiah seperti forum, ceramah, aktiviti riadah dan gerai jualan ini merupakan susulan kejayaan siri pertama Karnival Geng Masjid yang diadakan pada Disember tahun lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

“Tujuan penganjuran Karnival Geng Masjid ini adalah untuk menjadikan masjid sebagai lokasi untuk segala aktiviti berfaedah. Kami mahu orang suka kepada masjid dan datang tidak kira masa. Jenama masjid ini boleh jadi sebagai tempat beriadah, berehat dan beribadat.

“Manfaat utama daripada program ini tentu sekali imarahnya, apabila ia menjadi lokasi yang seronok untuk dikunjungi, pasti fungsinya akan kian bertambah dan kemeriahan sesebuah masjid itu akan bercambah,” kata Ketua Eksekutif Karnival Geng Masjid, Ashraf Alam.

Selain Fara dan Heliza, selebriti lain yang bakal memeriahkan karnival itu ialah Ustaz Asyraf, Ustaz Nazrul, Ustaz Fakhrul, Ustaz Jay, Ustaz Aran, Ustaz Dr. Izhar Ariff, Ustaz Shahrizan Daud, Ustaz Nasir, Ustaz Fattah, Ustaz Megat, Ustaz Najdi, Daie Luqman, Ustaz Hafiz, Ustaz Faris, Ustaz Muhadir Joll, Ustaz Azhar Ghazali, Noorkhiriah, Syifa Melvin, Adiela Ridzuan, Hafiz Hamidun, In Team, Ammar Hamdan, Bell Ngasri, Encik Mimpi dan Dr. Nik Salida.

Jadi kepada anda yang berkelapangan, jangan lupa untuk sama-sama memeriahkan Karnival Geng Masjid pada 11 sehingga 13 Mac ini di Masjid Kota Damansara, Selangor!