Aktres Bollywood, Preity Zinta mempunyai alasan tersendiri berkahwin dengan suaminya, Gene Goodenough.

Menurut Preity, 41, dia sering didesak ibunya, Nilprabha Zinta supaya segera berkahwin dengan segera.

“Ya memang saya ada merancang untuk berkahwin. Jika tidak kerana keinginan saya, ianya juga atas desakan ibu. Dia sering bertanya bila mahu berkahwin dengan Gene.

“Saya tidak pernah merahsiakan hubungan cinta dengan Gene dan ya, memang kami bercinta sebelum berkahwin,” katanya.

Preity turut mendedahkan bagaimana dia berjaya melupakan bekas teman lelakinya, Ness Wadia yang pernah bercinta dengannya selama 4 tahun.

“Hubungan saya dan Ness Wadia sudah berakhir sejak 2009. Anda rasa saya akan single selepas berpisah dengan dia? Apa yang berlaku sebelum ini adalah hikmahnya. Ramai orang kata saya sentiasa kelihatan gembira, itu adalah diri saya yang sebenar,” katanya lagi.

Preity Zinta dan Gene sah bergelar sebagai suami isteri pada 28 Februari lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat. Mereka bakal mengadakan resepsi di Mumbai pada bulan April tahun ini.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: India Today, ABP Live