Pelakon Shima Anuar dan suaminya, Mohd Solih Toha telah menyambut ulangtahun perkahwinan kedua pada tahun ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Shima telah memuat naik foto bersama suaminya berserta ucapan ulang tahun perkahwinan mereka semalam.

"Happy 2nd anniversary sayang. Semoga kita jadi suami isteri yang baik to each other and parents yang baik to our kids, dilindungi dan dirahmati Allah SWT.

"Insha-Allah ameen. I love you and I love our family. #solihshima2ndyear," tulisnya.

Happy 2nd anniversary sayang. Semoga kita jadi suami isteri yg baik to each other and parents yg baik to our kids, dilindungi dan dirahmati Allah SWT. InshaaAllah ameen. I love you and i love our family. ♥️ #solihshima2ndyear

A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on


Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan Shima dan suaminya.

Shima Anuar telah selamat bernikah dengan Solih pada 8 April 2017.

Pasangan ini dikurniakan kemudiannya dikurniakan cahaya mata pada 12 Disember 2017 yang diberi nama Marian Sophia Mohd Solih.

Solih merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini serta memiliki dua cahaya mata.