Penyanyi Misha Omar berkongsi kisah lucu dua orang anak angkatnya Muhammad Adam Emir, 10 dan Humaira Lateefa, 4 yang begitu teruja untuk bertemu adik baru mereka.
Menurut Misha, Adam dan Lateefa tidak sabar untuk bertemu ahli keluarga baru sebaik sahaja diberitahu mengenai berita kehamilannya.
“Seronok melihat keletah mereka yang tak sabar nak jumpa adik baru dan kerap bertanya bila baby nak keluar.
“Sewaktu beritahu Adam mengenai berita tersebut, responnya sangat baik dan saya terkejut bila suami tidak ada dirumah, dialah yang menjaga saya.
“Kalau dia lihat saya tak selesa dia akan tolong sapu minyak angin dan pastikan saya berada dalam keadaan baik.
“Kadang-kadang rasa lucu bila mereka berdua tak percaya dan mula bertanya betul ke dalam perut ni ada baby.
"Bila saya kata ya dan bertanya kenapa, mereka jawab sebab perut kecil tak nampak adik,” katanya ketika ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha bersama Datuk Jamal Abdillah di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, petang Isnin.
Bercerita mengenai kehamilannya, Misha memberitahu setakat ini dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang alahan.
“Syukur, setakat ini saya masih sihat dan mampu melakukan kerja dengan cergas seperti biasa, tidak pula meragam atau mengidam yang bukan-bukan.
“Cuma rasanya alahan pembawakan budak itu telah berjangkit pada suami kerana saya perasan sejak kebelakangan ini dia cepat sentap dengan perkara kecil dan selera makannya juga bertambah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar akui lega selepas berkongsi berita gembira itu bersama peminat.
“Secara jujur saya rasa lega selepas buat keputusan untuk mendedahkan hal ini selepas beberapa ketika simpan sendiri.
“Waktu dapat tahu hamil, saya ambil keputusan untuk pendamkan dulu memandangkan ia masih terlalu awal dan perlu jaga dengan berhati-hati.
“Jadi, saya anggap ini adalah waktu yang sesuai untuk kongsi berita ini kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakan kebahagian saya.
“Ini merupakan hadiah istimewa buat kami sekeluarga dan apa yang saya mahu tekankan ialah kandungan ini merupakan anak ketiga dan kehamilan pertama saya.
“Walaupun Adam dan Lateefa bakal menerima adik baru namun kasih sayang saya pada mereka tetap sama,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Misha akan menjayakan Minggu Setiausaha bersama Datuk Jamal Abdillah pada 29 April depan di bertempat di The Royale Chulan Kuala Lumpur.
Untuk tempahan sila hubungi Music Messee Production di talian 0124481761 atau email ke [email protected].
Teks Oleh: Mya Amri
Ahmad Shah
Tue Mar 08 2016
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.