Bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun, Astro Bella (saluran 133) menganjurkan kempen ‘Astro Bella Raikan Wanita’ sepanjang bulan ini.

Astro Bella, saluran pertama di Malaysia yang memberi tumpuan khusus kepada gaya hidup terkini golongan wanita, bakal menayangkan program istimewa di lima buah saluran berbahasa Melayu Astro iaitu Astro Bella, Astro Ria, Astro Prima, Astro Citra dan Mustika HD.

Selain itu turut diadakan ialah penganjuran bengkel ‘Astro Bella Raikan Wanita’ serta peraduan khas menerusi platform media sosial dengan hadiah percutian ke United Kingdom.

Lebih mengujakan, pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi meraikan pencapaian wanita daripada pelbagai bidang.

Antaranya pesanan khidmat masyarakat (PSA) yang melibatkan selebriti lelaki tempatan berkongsi tentang ikon wanita yang menjadi sumber inspirasi dalam hidup mereka, program senaman ringkas 'Astro Bella Homeworkout' yang dihoskan oleh Nana Al Haleq bersama tetamu jemputan Nana Mahazan serta Adeline Tsen.

Sebuah lagi program menarik ialah, travelog kesihatan dan kecergasan dengan durasi 30 minit berjudul ’Hello Ferringhi’ menampilkan pengacara H!live Shenty Feliziana dan Nina Nadira yang akan menerokai tempat-tempat menarik di sekitar Shangri-La Rasa Sayang Penang dan akan mengetengahkan aktiviti gaya hidup sihat kepada para penonton.

Sementara itu, Astro Bella turut membawakan program ’on ground’ khas, dengan kerjasama pengeluar produk Nouvelles Visages buat kaum Hawa iaitu bengkel ’Astro Bella Raikan Wanita’ yang bakal berlangsung di Hotel Holiday Villa, Subang, Selangor pada 27 Mac (Ahad) ini.

150 pendaftar terawal berpeluang mengikuti bengkel ini selama satu hari bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang secara percuma ini dengan hanya mengesahkan (RSVP) kedatangan dengan emelkan maklumat peribadi (Nama, No.Kad Pengenalan dan No.Telefon) di [email protected]. Penyertaan untuk mengikuti program ini akan dibuka bermula 9 Mac hingga 22 Mac ini.