Setiap tahun pada 8 Mac, kaum hawa diraikan menerusi Hari Wanita Sedunia sebagai tanda sokongan kepada mereka.

Apa kata sempena sambutan hari wanita, kita senaraikan beberapa makanan pilihan golongan ini sepanjang ‘zaman’!

1. Coklat
Coklat antara makanan yang selalu menjadi pilihan kaum wanita kerana ia dikatakan mampu menghilangkan rasa stress dan tekanan. Selain itu ia juga mengenyangkan dan boleh dijadikan sebagai snek untuk alas perut.

2. Aiskrim
Aiskrim menyejukkan dan ia mampu menggoda kaum hawa untuk menikmatinya. Apatah lagi jika ada yang mahu menghadiahkan atau bawa teman wanita keluar untuk menikmati keenakan dan kesedapan aiskrim di kafe yang menjual aiskrim sahaja. Asyiknya…

3. Kek
Kek juga antara manisan popular yang menjadi pilihan golongan wanita. Tambah-tambah lagi kewujudan kafe-kafe hipster yang banyak menyediakan pelbagai jenis kek yang comel dan berwarna-warni!

4. Jeruk & Asam
Entah kenapa jeruk dan asam menjadi pilihan kaum wanita. Mungkin rasanya yang masam-masam manis-manis membangkitkan mood kaum wanita? Mungkin!

5. Candy (Gula-gula)
Candy atau gula-gula pun antara makanan yang digemari wanita. Kalau tidak percaya, periksa tas tangan teman wanita, rakan dan adik perempuan anda, mesti ada gula-gula!