Aksi comel anak kepada pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle, Nur Aurora mencuri tumpuan netizen.

Menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagram @nur_aurora7, pengikut Aurora yang kini memasuki 44,000 pengguna rata-ratanya jatuh cinta dengan keletah yang ditunjukkan oleh Aurora.




Aurora dilahirkan pada 19 November 2015 dengan berat 3.92 kilogram di Hospital Pantai Bangsar pada jam 4.05 pagi secara water birth.

Farid dan Diana yang berkahwin pada 3 November 2012 dan anak sulung mereka, Muhammad, bakal memasuki usia tiga tahun.

Mari kita layan antara gambar-gambar comel yang dikongsikan di laman Instagram Aurora: