Pelakon Ruhainies mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk menjadi pengacara dalam sebuah program travelog makanan.

Menurut Runainies, dia tidak risau menjadi seorang pengacara program makanan memandangkan berat badannya sukar untuk bertambah.

"Ini adalah projek kedua saya selepas sebelum ini saya buat travelog dan ini adalah travelog yang ke luar negara.

"Walaupun hanya ke Indonesia mungkin selepas ini ke saya akan ke seluruh Asia pula untuk mencari makanan-makanan halal.

"Saya tak pernah diet dan tak tahu apa itu erti diet. Alhamdulillah saya makan macam mana pun nasi kandar ke malam-malam, berat saya masih ok lagi.

"Saya mahu cuba semua benda yang saya yakin mampu bawa kerana sebagai selebriti mestilah serba boleh dan bukan hanya sekadar belakon," katanya kepada HLive.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).