Sudah menjadi tradisi bakal raja sehari mengadakan majlis malam berinai dengan pelbagai tema yang menarik.

Pelawak dan pengacara terkenal, Jihan Muse pula memilih tema Ratu Kebaya untuk majlis malam berinainya yang berlangsung pada malam Jumaat.

Memilih Laman Qaseh yang terletak di Gombak sebagai lokasi majlis, Jihan nampak anggun mengenakan kebaya nyonya berwarna merah.

Majlis yang dihadiri keluarga terdekat dan sahabat handai itu turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan artis seperti Nabila Huda, Marsha Milan Londoh, Nad Zainal, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.

Jom tengok foto menarik di sekitar majlis malam berinai pengacara Gegarvaganza ini:

Kredit Foto: Project2pi