Buat pertama kali, pelawak Shahrol Shiro mendedahkan anaknya, Muhd Adam Danish kepada umum.

Menerusi perkongsian Instagram milik ERA FM, Sharol turut membawa Adam ke majlis pernikahannya di Dewan Jemerlang, Kampun INTAN, Kluang, Johor.

Kehadiran si comel yang berusia lapan tahun itu telah menarik perhatian netizen dengan meninggalkan pujian kepada anak pelawak tersebut.

Lebih menarik, Adam turut menjayakan sesi memotong kek bersama bapa dan ibu tirinya, Anna Danisha.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 31, selamat bergelar suami kepada Norfarhanah Syahimi, 26, dengan mash kahwin senaskah kitab suci Al-Quran tepat jam 9.15 malam.

Shahrol yang juga penyampat radio ERA FM untuk slot Sate sebelum ini pernah berkahwin apda tahun 2008 sebelum berpisah selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Di sini Astro Gempak kongsikan momen menarik sewaktu Adam memeriahkan majlis pernikahan bapanya malam tadi:

Kredit Foto: Instagram ERA FM