Sempena menyambut hari jadi yang ke-51 pada 14 Mac yang lalu, aktor Bollywood, Aamir Khan berharap dapat menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat ibunya.

Menurut Aamir, dia berhasrat untuk membeli sebuah rumah pusaka untuk ibunya tinggal dan beristirehat di Varanasi, Uttar Pradesh.

“Impian saya adalah menghadiahkan ibu sebuah rumah pusaka di Varanasi. Dia membesar di sana dan saya fikir mahu minta bantuan penduduk saya untuk carikan sebuah rumah yang sesuai untuk ibu," katanya.

Kata Aamir lagi, ianya satu perasaan yang sukar digambarkan sekiranya hajatnya berjaya dicapai.

“Saya tidak sabar untuk beli sebuah rumah untuk ibu kerana Varanasi penuh dengan sejarah dan tempat yang cantik. Jika impian saya ini dapat dipenuhi, semestinya ianya sebuah keputusan yang paling gembira yang pernah saya lakukan," tambahnya.

Olahan Semula: Khalid Rahman

SUmber: Indian Express