Gimik flashmob Konsert Ella 2016 yang dilangsungkan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) baru-baru ini telah dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Persembahan flashmob yang disertai 110 pemuzik serta penyanyi bersama-sama menyanyikan lagu hit Ella iaitu Permata Pemotong Permata dari album ELLA USA.

Seramai 30 pemain drum, 30 pemain gitar, 20 pemain bass dan 30 penyanyi dan mereka juga adalah pelajar-pelajar dari jurusan muzik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Untuk rekod, Ella menerima penghargaan dengan sijil sebagai persembahan dengan jumlah pemuzik teramai di sidang media.

Persembahan @ellaaminuddin di flashmob #KonsertElla2016 ... #liveupdateERA

A video posted by ERA FM (@era_fm) on

Acara Flashmob Bersama Ella anjuran Atlas One Events itu diadakan bersempena dengan Konsert Ella 2016 yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 16 April ini bermula jam 8.30 malam.


Selain Atlas One Events yang menjadi penganjur, Konsert Ella 2016 juga bergabung tenaga dengan MaTiC dan ASWARA selaku rakan strategik.

Atlas One Events turut menganjurkan pertandingan kepada para peminat untuk memenangi tiket ke Kosert Ella 2016 menerusi pertandingan yang bakal dijalankan di laman sosial penaja-penaja serta radio.

Selain memenangi tiket ke Konsert Ella 2016, pemenang bertuah juga bakal menerima menikmati percutian ke Perhentian Island Resort dan tiket penerbangan ke lokasi menarik di seluruh Malaysia dan Indonesia.

Layari Facebook serta Instagram Ella Aminuddin dan Atlas One Events untuk maklumat lanjut.

Tiket konsert dijual pada harga RM78, RM108, RM158, RM228 dan RM288 dan boleh dibeli secara online di www.ticketpro.com.my atau outlet Rock Corner, Guitar Store dan Victoria Music.

Belian tiket juga boleh dilakukan menerusi WhatsApp (20% diskaun tiket untuk pelajar tetapi pembelian hanya melalui WhatsApp).