Kumpulan penyanyi popular, Forteen tidak memerlukan ahli baru bagi menggantikan tempat Izzue Islam yang keluar dari kumpulan itu tahun lalu.

Forteen yang kini dianggotai Ameerais Azhar, One dan Ariz Lufias lebih selesa bergerak sesama mereka sahaja.

"Tak dinafikan ketiadaan Izzue memang terasa, tapi buat masa ini, memang tak akan ada ahli baru dalam kumpulan kami.

"Nak tak nak, kami kena hadapi situasi ini dan bekerjasama dengan baik sesama sendiri.

"Kerja dalam sesebuah kumpulan memerlukan toleransi yang tinggi, tak boleh ikut kepala sendiri dan harus memahami antara satu sama lain," kata mereka.

Forteen ditemui di majlis peancaran single Diam Sahaja bertempat di pejabat pengurusan Indigital, Damansara Perdana Jumaat lalu.

Single Diam Sahaja ini telah berada di YouTube mulai 1 Mac 2019 dan telah mendpat sambutan yang positif.

Muzik videonya pula masih dalam perbincangan dan dijangka akan dihasilkan dalam masa yang terdekat.