Pasangan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada pukul 3.30 petang semalam (Sabtu).

Bayi perempuan seberat tiga kilogram itu diberi nama Sumayyah.

"Alhamdulillah Maha Suci Allah Maha Pemberi Segala Rezeki.

"Anak kedua kami selamat dilahirkan pukul 3.30 petang tadi.

"Kalini Allah kurniakan kami anak perempuan yg diberi nama Sumayyah binti Mohd Syamsul.

"Alhamdulillah terima kasih semua yg mendoakan.. #tangisanKesyukuran," tulisnya menerusi akaun Instagramnya malam tadi.

Alhamdulillah Maha Suci Allah Maha Pemberi Segala Rezeki.. . Anak kedua kami selamat dilahirkan pukul 3.30 petang tadi. Kalini Allah kurniakan kami anak perempuan yg diberi nama Sumayyah binti Mohd Syamsul. . Alhamdulillah terima kasih semua yg mendoakan.. #tangisanKesyukuran

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on


Syamsul turut memuat naik dua keping foto bersama puterinya itu.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syaikhul Islam, 2 tahun.