Pelakon, Jasmin Hamid akui pernah dipersenda kerana melahirkan anaknya secara normal.

Jasmin menerusi posting terbaru di akaun Instagram memberitahu hanya ibu yang bersalin secara normal sahaja dapat mengalami pengalaman berharga sebaik sahaja merasai saat-saat bayi yang dilahirkan dapat melepasi kepala dan bahunya.

“Jangan nak sentap dulu sebelum baca sampai habis, pada yang bersalin kaedah tingkap… Saya kongsi pengalaman sendiri bila saya dipersendakan sebab bersalin melalui pintu.

“Fahami betul-betul wahai para ibu yang enggan melahirkan anak melalui pintu sebab takut sakit dan takut koyak bahagian sulit. NAnti katanya suami dah tak mahu lagi bersama sebab dah koyak dan longgar.

“Itulah yang saya dengar sendiri dari orang sekeliling saya! Mereka sanggup booking date awal untuk bersalin melalui tingkap… Ini banyak terjadi di masayarakat zaman moden.

“Melainkan kaau kita kena gunakan kaedah ceasar kerana ada komplikasi dei menyelamatkan nyawa.

“MasyaAllah... Hanya Ibu yang melahirkan melalui PINTU sahaja yang tahu betapa nikmatnya bila anak dapat lepaskan kepala dah bahunya.

“Hendaknya bila dapat tengok muka anak tu, hilang semua rasa sakit. Ibu-ibu yang melahirkan secara PINTU sahaja yang akan lebih faham rasa sakitnya saat melahirkan. Nyawa di hujung tanduk,” jelasnya.

JANGAN NAK SENTAP DULU SEBELUM BACA HABIS, PADA YANG BERSALIN KAEDAH TINGKAP.... . . SAYA KONGSI PENGALAMAN SENDIRI BILA SAYA DI PERSENDAKAN SEBAB BERSALIN MELALUI PINTU ???? FAHAMI BETUL-BETUL WAHAI PARA IBU YANG ENGGAN MELAHIRKAN ANAK MELALUI PINTU SEBAB TAKUT SAKIT DAN TAKUT KOYAK BAHAGIAN SULIT... NANTI KATANYA SUAMI DAH TAK MAHU LAGI BERSAMA SEBAB DAH KOYAK DAN LONGGAR..??? ITULAH YANG SAYA DENGAR SENDIRI DARI ORANG SEKELILING SAYA! MEREKA SANGGUP BOOKING DATE AWAL UNTUK BERSALIN MELALUI TINGKAP..INI BANYAK TERJADI DI MASYARAKAT ZAMAN MODEN... MELAINKAN KALAU KITA KENA GUNAKAN KAEDAH CEASAR KERANA ADA KOMPLIKASI DEMI MENYELAMATKAN NYAWA! . . Masyaallah... Hanya Ibu yang melahirkan melalui PINTU sahaja yang tau betapa nikmatnya bila anak dapat lepaskan kepala dah bahunya.. Hendaknya bila dapat tengok muka anak tu, hilang semua rasa sakit.. Ibu -ibu yang melahirkan secara PINTU sahaja yang akan lebih faham rasa sakitnya saat melahirkan.. Nyawa di hujung tanduk.. . . Pada bakal ibu-ibu yang akan melahirkan, cubalah bersalin secara PINTU JIKA TIADA SEBARANG KOMPLIKASI untuk uols tau apa itu SAKIT BERSALIN.. Supaya kita lebih muhasabahdiri dan lebih fahami perasaan Ibu kita yang melahirkan. Nak jaga berpantang pun senang jika di bandingkan dengan ibu yang melahirkan cara TINGKAP.. . Pada uols yang belum di kurniakan cahayamata, teruskan berdoa dan usaha..Ada sebab kenapa Allah masih belum kurniakan cahayamata.. Sesungguhnya Allah tau apa yang terbaik untuk hambanya.. . PADA UOLS YANG MELAHIRKAN MELALUI PINTU, BOLEH SHARE PENGALAMAN DENGAN WE OULS ? MELALUI PINTU SAHAJA... ? KOYAK TAK? ADA TAK SUAMI CARI LAIN SEBAB LONGGAR SELEPAS MELAHIRKAN KAEDAH PINTU??? .? Hebat Bukan? #givebirth #birth #melahirkan #anak #kuasaallah #anugerahallah #syukurselalu #children #hebatbukan

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on


BACA: "Empat Jam Saya bertarung Nyawa Bersalin Secara Normal" - Jasmin Hamid Kongsi Pengalaman Bersalin

Jasmin juga turut memberi saranan kepada ibu-ibu yang bakal bersalin memilih untuk bersalin secara normal supaya lebih memahami pengorbanan seorang ibu dan merasai sendiri sakit bersalin.

“Pada bakal ibu-ibu yang akan melahirkan, cubalah bersalin secarapintu jika tiada sebarang komplikasi untuk you all tahu apa itu sakit bersalin.

“Supaya kita lebih muhasabah diri dan lebih fahami perasaan Ibu kita yang melahirkan. Nak jaga berpantang pun senang jika di bandingkan dengan ibu yang melahirkan cara tingkap.

“Pada you all yang belum dikurniakan cahaya mata, teruskan berdoa dan usaha… Ada sebab kenapa Allah masih belum kurniakan cahayamata. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya,” coretnya

Terdahulu, Jasmin telah mendirikan rumah tangga dengan Ian Rashid Macquistan namun berpisah pada 4 Februari 2008.

Hasil daripada perkahwinan itu, Jasmin seorang anak iaitu Ian Haziq, 18.

Jasmin juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim.

Foto: Instagram @jasminhamidjh