Pelakon Uqasha Senrose mengakui tidak meniru mana-mana budaya dalam menyambut bunga yang dibaling oleh adiknya, Nelydia Senrose.

Menurut Uqasha, perkara itu dilakukan secara spontan dan dia tidak menyangka berjaya menyambut bunga yang dibaling adiknya itu.

“Tak sangka pula video yang dikongsikan itu mendapat perhatian daripada orang ramai.

“Kami semua bukan mengikut budaya asing, tapi perkara itu tidak dirancang daripada awal dan ia terjadi secara spontan saja.

“Kalau diikutkan semua wanita yang berada di belakang tu sudah berpunya dan saya sahaja yang belum ada kekasih.

“Tak sangka pula saya yang dapat menangkap bunga itu dan mungkin itu adalah petanda bahawa saya juga akan berkahwin tidak lama lagi,” katanya secara berseloroh kepada Gempak.

Guess who’s next ? ? #myotherhafeznel #kesiankenatolaktolak #annoying #sangguptakpakaiheels

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on


Uqasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media telefilem terbitan Astro First Eksklusif, Saya Jual Ye Bang, di GSC Signature Gardens, Petaling Jaya, pada Isnin.

Selain Uqasha, telefilem Saya Jual Ye Bang turut menampilkan Zizan Razak, Nadiyah Sahab, Idris Khan dan Datuk AC Mizal.

Telefilem Saya Jual Ye Bang, akan menemui penontong menerusi Astro First Eksklusif (saluran 480) dan platform digital ‘On Demand’, mulai 14 Mac ini.